BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi positif pasaran tunai. 

Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan September 2026 masing-masing menambah 7.5 mata kepada 1,668.5, 1,669.5 dan 1,650.0, manakala kontrak Disember 2026 meningkat 6.5 mata kepada 1,652.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 5,272 lot daripada 7,205 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 32,961 kontrak daripada 33,937 kontrak sebelumnya. 

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.0 mata atau 0.30 peratus kepada 1,661.83 berbanding 1,656.83 ketika ditutup semalam. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner