The Roof Realty Raih Dua Anugerah The Asia Records Selepas Catat GSV RM19.78 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Agensi hartanah, The Roof Realty Sdn Bhd telah menerima dua anugerah daripada The Asia Records selepas ia mencatatkan nilai jualan kasar (GSV) berjumlah RM19.78 bilion pada 2025.

The Asia Records ialah sebuah organisasi pensijilan rekod swasta dikendalikan oleh Asia Records Sdn Bhd yang mengiktiraf, mengesahkan dan mendokumentasikan pencapaian memecahkan rekod pelbagai sektor di Asia.

Asia Records memaklumkan bahawa ia telah menyampaikan anugerah ‘Ejen Berprestasi Tertinggi yang Meraih Pendapatan Sejuta pada 2025’ dan ‘Nilai dan Jumlah Urus Niag Tertinggi pada 2025’ kepada The Roof Realty dalam satu majlis yang diadakan pada 26 Jun lepas.

Ad Banner

“Pencapaian luar biasa ini mencerminkan komitmen jitu The Roof Realty terhadap kecemerlangan, inovasi dan kepimpinan dalam industri hartanah Malaysia,” menurut Asia Records dalam satu kenyataan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan The Roof Realty, Datuk Dr Nicholas Yap berkata pengiktirafan itu mencerminkan usaha kolektif tenaga kerja syarikat.

Menurut Yap, The Roof Realty merekodkan 53,626 urus niaga hartanah pada 2025 yang menjana GSV sebanyak RM19.78 bilion dan melahirkan 13 ejen hartanah yang meraih pendapatan mencecah satu juta ringgit, katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pengiktirafan daripada The Asia Records ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus menetapkan penanda aras baharu untuk industri hartanah, pada masa sama mewujudkan nilai yang lebih besar untuk pelanggan, rakan kongsi dan komuniti kita,” katanya.

Ditubuhkan pada 2009, The Roof Realty beroperasi di seluruh negara melalui rangkaian perunding hartanah profesional dan menyediakan program latihan dan kemudahan digital untuk pasukan perundingnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Roof Realty, layari https://www.theroofrealty.com/.

-- BERNAMA