BERITA TERKINI   Tiga individu termasuk nenek tiri ditahan kes bunuh cucu perempuan berusia satu tahun empat bulan di Kota Tinggi pada 2 Ogos - Ketua Polis Johor | Kerajaan akan laksanakan reformasi dan islah sedayanya termasuk perkukuhkan Akta TH dan tadbir urus - Dr Zulkifli | TH beli tanah di TRX daripada 1MDB, dengan persoalan timbul apabila CEO TH merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB | TH labur dalam Putrajaya Perdana, pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana dan syarikat terkait dalam urus niaga 1MDB dengan kerugian RM145.3 juta | Al-Rawda diarah bayar SAR899 juta, namun hanya bayar sebahagian apabila didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan, sebanyak SAR14.9 juta sebelum gagal mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian | 

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan Susulan Bekalan Kembali Kukuh

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan keadaan bekalan yang mengukuh, kata pakar industri Denis Low.

Low berkata pengeluaran getah telah kembali normal dan pengeluaran dijangka bertambah baik, sekali gus menghasilkan situasi bekalan yang lebih selesa.

Ad Banner

Katanya, penurunan harga minyak mentah boleh membantu mengurangkan tekanan kos dalam tempoh jangka pendek walaupun Selat Hormuz masih ditutup.

“Hasil tuaian yang lebih baik, digabungkan dengan harga minyak yang lebih rendah, sudah pasti akan menurunkan harga getah.

“Permintaan kekal stabil, tetapi stok getah kini banyak,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ketika ini, niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras minyak global, menyusut 3.6 peratus kepada US$72.55 setong. 

Mengenai cuaca, Low berkata Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di seluruh negara. 

“Di Malaysia, Jabatan Meteorologi telah menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan keadaan cuaca dan bersedia mengenai kemungkinan berlakunya Super El Nino pada akhir tahun ini,” katanya. 

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata data terkini daripada Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) mengunjurkan pengeluaran getah asli global meningkat 2.4 peratus pada 2026, sekali gus mengukuhkan jangkaan prospek bekalan yang selesa. 

Bagaimanapun, katanya, harga boleh kekal disokong oleh permintaan daripada sektor automotif, yang terus menunjukkan momentum yang positif. 

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 65.5 sen kepada 880.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurang 25 sen kepada 769.5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA