BERITA TERKINI   NADI kini jadi contoh, rujukan kepada negara-negara lain - Fahmi | Malaysia negara pertama di dunia tubuh Tribunal Anti-Buli, selaras komitmen Kerajaan MADANI kekang budaya buli - Azalina | PRN Johor: KDN beri jaminan pergerakan rakyat Johor bekerja di Singapura untuk pulang mengundi berjalan lancar - Saifuddin Nasution | PRN Johor : Pakatan Harapan akan lancar manifesto dalam masa terdekat - Saifuddin Nasution | Kerajaan peruntuk RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bantu golongan memerlukan dapatkan representasi guaman, pembelaan hak di Mahkamah Syariah - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kenaikan Kadar AS

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi COMEX yang menurun apabila laporan data pekerjaan yang kukuh di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah di negara itu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2026 susut kepada US$4,296.30 setiap auns troy daripada US$4,484.50 setiap auns troy ketika ditutup pada Jumaat lalu; Julai 2026 jatuh kepada US$4,312.70 setiap auns troy daripada US$4,499.20 setiap auns troy, manakala Ogos 2026 merosot kepada US$4,327.40 setiap auns troy daripada US$4,513.90 setiap auns troy.

Kontrak September 2026 menurun kepada US$4,331.90 setiap auns troy daripada US$4,518.40 setiap auns troy pada Jumaat, manakala Oktober 2026 menyusut kepada US$4,351.0 setiap auns troy daripada US$4,522.90 setiap auns troy sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 27 lot berbanding 11 lot pada Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 78 kontrak daripada 60 kontrak sebelum ini.

Sementara itu, harga emas fizikal berada pada pada US$4,365.15 setiap auns troy berdasarkan penetapan harga oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 5 Jun, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner