BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | Harga Beras Putih Tempatan kekal, stok penimbal beras mampu tampung keperluan domestik untuk tempoh enam bulan - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Terhadap Aset Selamat

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan kenaikan di pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur mencari aset selamat di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global yang berterusan.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2026 meningkat kepada US$4,484.20 setiap auns troy daripada US$4,463.20 setiap auns troy pada Rabu, Julai 2026 naik kepada US$4,499.40 setiap auns troy daripada US$4,477.90 setiap auns troy, manakala Ogos 2026 menokok kepada US$4,515.80 setiap auns troy daripada US$4,499.00 setiap auns troy.

Kontrak September 2026 bertambah kepada US$4,520.30 setiap auns troy daripada US$4,503.50 setiap auns troy, manakala Oktober 2026 naik sedikit kepada US$4,524.80 setiap auns troy daripada US$4,503.50 setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 19 lot berbanding sembilan lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 69 kontrak daripada 50 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$4,444.60 setiap auns troy berdasarkan penetapan harga oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 3 Jun, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner