BERITA TERKINI   153 laporan polis diterima setakat 3 petang berhubung kenyataan Puad Zarkashi - Ketua Polis Johor | Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Khamis, sejajar dengan aliran menurun dalam harga niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah berikutan kebimbangan mengenai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat yang berpanjangan, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga terjejas oleh rasa ragu-ragu terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Ad Banner

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US selepas data ekonomi AS mula menunjukkan daya tahan dan keyakinan terhadap pematuhan perjanjian perdagangan Kesatuan Eropah-AS,” katanya kepada Bernama.

Menurut peniaga itu, harga minyak susut hari ini apabila perjanjian gencatan senjata di Asia Barat meningkatkan harapan ke arah perjanjian yang lebih luas bagi menamatkan perang AS dengan Iran, manakala Dewan AS telah meluluskan resolusi untuk mengekang kuasa perang Presiden AS Donald Trump.

Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menjangkakan pertumbuhan global boleh melembap kepada 2.1 peratus pada 2026 dan 1.8 peratus menjelang 2027 jika gangguan tenaga berterusan sehingga 2027,” tambahnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga SMR 20 jatuh 9.5 sen kepada 932 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal pada 761 sen sekilogram.

-- BERNAMA