BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | Harga Beras Putih Tempatan kekal, stok penimbal beras mampu tampung keperluan domestik untuk tempoh enam bulan - Akmal Nasrullah | 

ConocoPhillips Perkukuh Komitmen Di Sabah, Tingkat Pelaburan Medan Gas KBB

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- ConocoPhillips Sabah Gas Ltd yang juga pengendali Medan Gas Kebabangan (KBB) di luar pesisir Sabah, membuat Keputusan Pelaburan Muktamad (FID) pada 21 Mei, 2026 bagi pembangunan Fasa 2 medan gas itu.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu menyifatkan keputusan itu sebagai memaparkan komitmen jangka panjangnya terhadap Malaysia serta pelaburan berterusan di Sabah.

Jumlah pelaburan oleh rakan-rakan usaha sama yang dianggarkan RM1.3 bilion, akan menyokong usaha penggerudian telaga tambahan bagi meningkatkan pengeluaran gas, sekali gus memenuhi permintaan serta mengukuhkan keterjaminan tenaga Sabah.

Ad Banner

Presiden ConocoPhillips Malaysia Connor Dunn berkata : "Saya amat gembira menyaksikan dalam tempoh lebih setahun syarikat ini sebagai pengendaIi, aspek kebolehpercayaan telah meningkat manakala prestasi keselamatan juga mengukuh.

“Ini menjadi bukti terhadap (dedikasi) pasukan serta sokongan padu daripada rakan-rakan sekutu syarikat.”

Medan gas KBB yang beroperasi pada 2013, terletak kira-kira 123 kilometer di luar pesisir pantai Sabah dan merupakan pembekal utama gas asli cecair (LNG) serta gas domestik negeri itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pembangunan Kluster KBB adalah usaha sama antara ConocoPhillips Sabah Gas Ltd (berkepentingan 30 peratus, pengendali) manakala Petronas Carigali Sdn Bhd (40 peratus) dan Shell Energy Asia Ltd (30 peratus).

Pelaburan bagi pembangunan KBB Fasa 2 itu akan meningkatkan kapasiti pengeluaran, menyokong aspek keterjaminan tenaga Sabah serta terus memperkukuh pembangunan bakat tempatan dan keupayaan pembekal tempatan.

-- BERNAMA