BERITA TERKINI   NADI kini jadi contoh, rujukan kepada negara-negara lain - Fahmi | Malaysia negara pertama di dunia tubuh Tribunal Anti-Buli, selaras komitmen Kerajaan MADANI kekang budaya buli - Azalina | PRN Johor: KDN beri jaminan pergerakan rakyat Johor bekerja di Singapura untuk pulang mengundi berjalan lancar - Saifuddin Nasution | PRN Johor : Pakatan Harapan akan lancar manifesto dalam masa terdekat - Saifuddin Nasution | Kerajaan peruntuk RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bantu golongan memerlukan dapatkan representasi guaman, pembelaan hak di Mahkamah Syariah - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan dalam prestasi COMEX AS.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Jun 2026 menurun kepada US$4,463.20 setiap auns troy daripada US$4,553.30 setiap auns troy yang dicatatkan semasa Jumaat lepas, Julai 2026 merosot kepada US$4,477.90 setiap auns troy daripada US$4,567.00 setiap auns troy dan Ogos 2026 menyusut kepada US$4,499.00 setiap auns troy daripada US$4,567.00.

Kontrak September 2026 dan Oktober 2026 semuanya diselesaikan lebih rendah pada US$4,503.50 setiap auns troy berbanding US$4,567.00 setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada sembilan lot daripada 34 lot yang dicatatkan pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 50 kontrak daripada 98 kontrak.

Sementara itu, pada penetapan tengah hari 2 Jun, London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,503.85 setiap auns troy.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner