BERITA TERKINI   NADI kini jadi contoh, rujukan kepada negara-negara lain - Fahmi | Malaysia negara pertama di dunia tubuh Tribunal Anti-Buli, selaras komitmen Kerajaan MADANI kekang budaya buli - Azalina | PRN Johor: KDN beri jaminan pergerakan rakyat Johor bekerja di Singapura untuk pulang mengundi berjalan lancar - Saifuddin Nasution | PRN Johor : Pakatan Harapan akan lancar manifesto dalam masa terdekat - Saifuddin Nasution | Kerajaan peruntuk RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bantu golongan memerlukan dapatkan representasi guaman, pembelaan hak di Mahkamah Syariah - PM Anwar | 

PKS : Alliance Bank, 99 Speed Mart Tawar Ansuran Sifar Peratus Bagi Belian Pukal

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd dan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd telah memeterai kerjasama strategik yang menawarkan pelan pembayaran ansuran sifar peratus bagi belian pukal menerusi platform belian pukal dalam talian 99 Speed Mart iaitu 99 Bulksales.

Kemudahan dengan pelan pembiayaan fleksibel khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pemilik perniagaan, peruncit dan peniaga dengan keperluan inventori berskala besar itu membantu mengurangkan tekanan aliran tunai perniagaan, menyokong keperluan inventori PKS yang lebih baik dan pada masa sama memperkasa usaha pengembangan operasi.

“Ini membolehkan PKS mengoptimumkan aliran modal kerja, memperkemas pembelian inventori dan meningkatkan jualan secara lebih cekap. Pengguna dengan isi rumah yang ramai juga boleh memanfaatkan pelan itu dengan memenuhi ketetapan atau syarat perbelanjaan yang minimum,” menurut dua syarikat berkenaan dalam kenyataan bersama hari ini.

Ad Banner

Inisiatif secara eksklusif untuk pemegang kad kredit Alliance Bank, termasuk pemegang kad kredit perniagaan itu membolehkan transaksi dalam talian yang layak bernilai RM500 dan ke atas yang dibuat menerusi laman sesawang 99 Bulksales, boleh ditukar kepada pelan pembayaran ansuran sifar peratus selama tiga bulan.

Pilihan pembayaran ansuran itu akan disepadukan sepenuhnya ke dalam laman sesawang 99 Bulksales mulai Jun 2026.

Menurut kenyataan itu, kerjasama berkenaan dimuktamadkan menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang diwakili masing-masing oleh Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan Kumpulan dan Perbankan Transaksi Alliance Bank Raymond Chui dan Pengarah Gantian 99 Speed Mart Albert Lee Yan Zhong.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Maklumat lanjut mengenai kad kredit perniagaan Alliance Bank di laman sesawang https://www.alliancebank.com.my/business/SME/Cards.

-- BERNAMA