BERITA TERKINI   GELOMBANG HABA: BEBERAPA INDIVIDU LEMAS KETIKA CUBA MENYEJUKKAN BADAN DI JERMAN | MOF peruntuk RM5.5 juta bagi pembelian & operasi awal Ambulans Laut Langkawi, dijangka beroperasi awal tahun depan - Amir Hamzah | Portal rasmi BUDI MADANI terima lebih 13,000 permohonan tambahan kuota 100 liter sebulan untuk pemilik kenderaan diesel setakat 11 pagi ini - MOF | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Kelemahan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat apabila dolar Amerika Syarikat (AS) yang rendah menyokong harga logam berharga itu, kata penganalisis.

Bagaimanapun, ketegangan geopolitik yang mereda di Asia Barat serta kebimbangan berterusan terhadap inflasi AS dan prospek kadar faedah Rizab Persekutuan AS telah mengehadkan kenaikan tersebut.

Pada penutupan dagangan, Mei 2026 meningkat kepada US$4,525.80 seauns troy daripada US$4,405.00 pada Khamis, manakala Jun 2026 naik kepada US$4,553.30 seauns troy daripada US$4,422.00.

Ad Banner

Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 masing-masing ditutup tinggi pada US$4,567.00 seauns troy berbanding US$4,435.70 semalam.

Jumlah dagangan menokok kepada 34 lot daripada 12 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 98 kontrak daripada 72 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$4,419.45 seauns troy semasa penetapan pada sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 28 Mei, 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA