BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | 

Minat Risiko Pacu Ringgit Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama, Termasuk Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dipacu oleh minat risiko baharu susulan laporan kemungkinan Selat Hormuz yang menjadi laluan utama penghantaran minyak global, bakal dibuka semula.

Pada 6 petang ini, ringgit meningkat ke paras 3.9625/9670 berbanding dolar AS daripada paras penutup 3.9770/9805, semalam.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, perkembangan berkaitan Selat Hormuz itu telah menyemarakkan semula keyakinan pelabur selain meredakan kebimbangan mengenai potensi gangguan terhadap bekalan minyak global.

Berikutan itu, katanya, harga minyak mentah kembali susut dengan West Texas Intermediate (WTI) serta minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, diniagakan masing-masing pada harga sekitar $88 dan US$93 setong.

Selain itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ini termasuk mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3165/3225 daripada 5.3272/3319 semalam, naik berbanding euro kepada 4.6127/6180 daripada 4.6181/6222 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4874/4904 daripada 2.4947/4970, semalam. 

Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang serantau.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1010/1048 daripada 3.1085/1115 semalam namun susut nilai berbanding baht Thailand kepada 12.1732/1926 daripada 12.1613/1773, sebelum ini.

Unit tempatan itu turut mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 221.6/221.9 berbanding 222.8/223.1 sebelum ini dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.43/6.44 daripada 6.45/6.46, semalam.

-- BERNAMA