Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa seiring dengan pasaran tunai yang lemah.
Pada 9.30 pagi, kontrak Mei 2026 menurun 6.0 mata kepada 1,710.50, Jun 2026 berkurangan 7.5 mata kepada 1,707.50, September 2026 merosot 9.0 mata kepada 1,687.50 dan Disember 2026 menyusut 9.5 mata kepada 1,688.0.
Jumlah dagangan sebanyak 15,651 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 53,736 kontrak.
Pada 9.48 pagi, indeks FBM KLCI menurun 2.62 mata kepada 1,705.88 daripada 1,708.50 semasa ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA