BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Dengan Pasaran COMEX, LBMA

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan dalam COMEX Amerika Syarikat (AS) dan penanda aras emas London Bullion Market Association (LBMA) di tengah-tengah kelemahan dolar US serta sentimen pelabur yang bertambah baik dengan harapan ketegangan geopolitik antara AS dan Iran akan mengendur.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat kepada US$4,572.80 setiap auns troy daripada US$4,531.60 setiap auns troy yang dicatatkan pada Jumaat lepas, manakala kontrak Jun 2026 menokok kepada U$4,589.80 setiap auns troy daripada U$4,548.60 setiap auns troy.

Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya diselesaikan lebih tinggi pada US$4,604.00 setiap auns troy daripada US$4,562.80 setiap auns troy.

Ad Banner

Bagaimanapun jumlah dagangan menyusut kepada tujuh lot berbanding 23 lot yang dicatatkan pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 69 kontrak daripada 89 kontrak sebelumnya.

Pada penetapan tengah hari 22 Mei 2026 LBMA, emas fizikal ditetapkan pada US$4,506.15 setiap auns troy.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner