BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran tunai yang lemah.

Kontrak Mei 2026 menurun 2.5 mata kepada 1,716.50, Jun 2026 dan September 2026, masing-masing merosot 1.5 mata kepada 1,715.0 dan 1,696.0 serta Disember 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,697.50.

Jumlah dagangan melonjak kepada 46,855 lot daripada 13,089 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 77,678 kontrak daripada 43,086 kontrak sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI menurun 4.17 mata kepada 1,708.50 daripada 1,712.67 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner