Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin.
Pada 9.30 pagi ini, kontrak Mei 2026 susut 3.5 mata kepada 1,715.50, kontrak Jun 2026 dan September 2026 masing-masing turun 2.0 mata kepada 1,714.50 dan 1,695.50 manakala Disember 2026 pula merosot 1.5 mata kepada 1,697.50.
Jumlah dagangan sebanyak 8,710 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 38,862 kontrak.
Selain itu pada 9.48 pagi, Indeks FBM KLCI susut 3.97 mata kepada 1,708.70 berbanding 1,712.67 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
-- BERNAMA