BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 Mei  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjejaki prestasi yang lebih lemah di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan dolar AS.

Pengukuhan dolar AS itu berikutan harga minyak mentah yang lebih tinggi dan meningkatkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta iaitu Mei 2026 susut kepada US$4,531.60 bagi setiap auns troy daripada US$4,549.80 bagi setiap auns troy pada Khamis manakala kontrak Jun 2026 turun sedikit kepada US$4,548.60 bagi setiap auns troy daripada US$4,566.80 bagi setiap auns troy.

Ad Banner

Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya ditutup rendah pada US$4,562.80 bagi setiap auns troy auns daripada US$4,581.0 bagi setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 23 lot daripada 27 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 89 kontrak daripada 104 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,505.25 bagi setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 21 Mei, 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA