BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai asas.

Kontrak Mei 2026 meningkat 7.0 mata kepada 1,719.0, manakala Jun 2026 naik 5.5 mata kepada 1,716.5. Sementara itu, September 2026 dan Disember 2026 masing-masing menokok 4.5 mata kepada 1,697.50 dan 1,698.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 13,089 lot berbanding 9,772 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 43,086 kontrak daripada 40,102 sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 4.31 mata atau 0.25 peratus kepada 1,712.67 berbanding paras 1,708.36 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA



 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner