BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | 

Ningbo Fresh Technology Tingkat Pelaburan Di Tanjong Malim Bernilai RM263 Juta

IPOH, 21 Mei (Bernama) -- Ningbo Fresh Technology Co. Ltd dari Shanghai bakal meningkatkan pelaburan bernilai RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Ningbo sebelum ini telah mempunyai kilang pembuatan komponen automotif yang sedang beroperasi di Tanjong Malim.

“Kini, syarikat itu berhasrat memperluas lagi operasinya menerusi pelaburan bernilai RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park bagi memenuhi pasaran tempatan dan eksport.

Ad Banner

“Pelaburan ini dijangka mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta mempercepat pemindahan teknologi dan pembangunan bakat tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau yang mengetuai delegasi Perak kini berada di China bagi misi pelaburan ke negara itu sejak beberapa hari lepas.

Saarani berkata Perak akan terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan strategik bagi industri automotif, teknologi tinggi dan pembangunan industri masa depan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sebelum ini, Perak menerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) memeterai memorandum kerjasama strategik dengan Shuifa Energy Group dari China bagi meneroka pembangunan projek tenaga boleh baharu di negeri itu.

-- BERNAMA