BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat meskipun pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi yang lebih lemah.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat kepada US$4,549.80 setiap auns troy daripada US$4,490.30 setiap auns troy pada Rabu manakala kontrak Jun 2026 menokok kepada US$4,566.80 setiap auns troy daripada US$4,507.30 setiap auns troy.

Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 masing-masing ditutup lebih tinggi iaitu pada US$4,581.10 setiap auns troy daripada US$4,521.30 setiap auns troy semalam.

Ad Banner

Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada 45 lot semalam manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 104 kontrak daripada 120 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,482.85 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 20 Mei, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner