BERITA TERKINI   HBH: Penjawat awam boleh bekerja dua hari di rumah atau lokasi alternatif, tiga hari di pejabat tertakluk kepada keperluan perkhidmatan - JPA | Hari Bekerja Hibrid inisiatif baharu pengaturan kerja lebih fleksibel untuk penjawat awam tanpa kurangkan waktu bekerja - JPA | Jemaah Menteri bersetuju pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 1 Ogos ini - JPA  | Pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentang dalam sidang Parlimen kali ini - Fahmi | 'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati' dipilih tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat sejajar dengan pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan April 2026 susut kepada US$4,816.20 setiap auns troy daripada US$4,868.00 setiap auns troy ketika ditutup pada Khamis, dan kontrak Mei 2026 merosot kepada  US$4,836.20 setiap auns troy berbanding US$4,887.00 setiap auns troy sebelumnya. 

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$4,854.70 setiap auns troy, menyusut berbanding US$4,905.50 setiap auns troy semalam. 

Ad Banner

Jumlah dagangan berada pada 21 lot berbanding sifar pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 87 kontrak daripada 66 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,793.60 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 16 April 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner