BERITA TERKINI   Tiga individu termasuk nenek tiri ditahan kes bunuh cucu perempuan berusia satu tahun empat bulan di Kota Tinggi pada 2 Ogos - Ketua Polis Johor | Kerajaan akan laksanakan reformasi dan islah sedayanya termasuk perkukuhkan Akta TH dan tadbir urus - Dr Zulkifli | TH beli tanah di TRX daripada 1MDB, dengan persoalan timbul apabila CEO TH merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB | TH labur dalam Putrajaya Perdana, pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana dan syarikat terkait dalam urus niaga 1MDB dengan kerugian RM145.3 juta | Al-Rawda diarah bayar SAR899 juta, namun hanya bayar sebahagian apabila didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan, sebanyak SAR14.9 juta sebelum gagal mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "zulkifli hasan"

Polisi Rosot Nilai TH Diubah Dua Kali Dalam Sehari Bagi Tingkat Keuntungan 2017

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati polisi rosot nilai Lembaga Tabung Haji (TH) telah diubah daripada 70 peratus kepada 85 peratus dan seterusnya 90 peratus dalam tempoh satu hari bagi tahun kewangan 2017, sekali gus membolehkan keuntungan tahun berkenaan ditingkatkan untuk pembayaran agihan keuntungan.

Pelaburan Dalam Putrajaya Perdana Heret TH Dalam Urus Niaga 1MDB, Rugi RM145.3 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam Putrajaya Perdana Bhd (PPB) serta meletakkan Pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana, mengheret TH dalam urus niaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga TH mengalami kerugian RM145.3 juta.

TH Teruskan Usaha Dapatkan Baki Award Timbang Tara Daripada Al-Rawda

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang meneruskan usaha mendapatkan baki award timbang tara daripada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi, Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd termasuk menerusi penjejakan aset selepas syarikat itu hanya membayar SAR14.9 juta daripada award berjumlah SAR899 juta.

​​​​​​​BNM Beri Amaran Lima Kali Mengenai Kedudukan Kewangan TH - Zulkifli

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan surat peringatan sebanyak lima siri kepada pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan Menteri Hal Ehwal Agama mengenai masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.

Blok Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Tidak Ambil Bahagian Penerangan Menteri Berhubung RCI TH

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar meninggalkan Dewan Rakyat hari ini dan tidak akan mengambil bahagian dalam sesi penerangan Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Kerajaan 'Bailout' TH Lebih RM10 Bilion Untuk Pulihkan Kedudukan Kewangan, Bukan Jual Aset 

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah menyelamatkan Tabung Haji (TH) dengan ‘bailout’ melebihi RM10 bilion akibat kerakusan penyelewengan bagi memulihkan kedudukan kewangan dan bukan untuk mengambil aset institusi berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Kerajaan Berisiko Tanggung Liabiliti RM74.5 Bilion Jika Berlaku ‘Bank Run’ Pada 2018

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan berisiko menanggung liabiliti kira-kira RM74.5 bilion pada 2018 sekiranya berlaku pengeluaran panik secara besar-besaran (bank run), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Indonesia Sasar US$5.8 Bilion Dalam Pelaburan Hijau Menerusi Pasaran Karbon

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 6 Julai (Bernama) -- Instrumen Nilai Ekonomi Karbon (NEK) Indonesia dijangka menarik sehingga US$5.8 bilion (US$1=RM4.08) dalam pelaburan hijau dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dianggarkan 570 juta tan setara karbon dioksida (CO2).