BERITA TERKINI   PM Anwar kecam sistem antarabangsa kerana gagal menangani penderitaan rakyat Palestin | Kementerian Komunikasi sokong 'Sumud Protocol', akan bekerjasama dengan Gerakan Sumud Global terbitkan siri mini - Fahmi | Kerajaan MADANI komited perjuangkan rakyat Palestin, semua pihak perlu terus beri sumbangan - PM Anwar | ACLE: Pohang 0-2 JDT | Lelaki Islam dipercayai lakukan ritual bertentangan hukum syarak ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - JAIS | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian "tengku zafrul"

Sektor Swasta Perlu Berperanan Aktif Jika Malaysia Kembali Anjur F1 - Tengku Zafrul

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sektor swasta perlu memainkan peranan aktif bagi memastikan Malaysia mendapat limpahan ekonomi yang positif daripada penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) jika Malaysia membuat keputusan untuk mengembalikan acara sukan permotoran berprestij itu, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sasaran Defisit Fiskal 3.3 Peratus Pada 2027 Mampu Dicapai – Tengku Zafrul

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu mencapai sasaran defisit fiskal 3.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 sekiranya andaian Belanjawan 2027 kekal seperti dijangkakan, meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Belanjawan 2027: Siapa Yang Untung?

Oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah perasaan saya setiap kali menyediakan belanjawan negara ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu. Dari pagi hingga lewat malam, meneliti angka demi angka yang tidak pernah cukup untuk memenuhi semua keperluan negara. Setiap ringgit ‘direbut’ dan ‘dibahas’. Bantuan yang sangat diperlukan sesebuah keluarga pada hari ini terpaksa diimbangi dengan disiplin kewangan demi masa depan anak -anak mereka – satu tanggungjawab yang bukan mudah. 

Malaysia Kini Fokus Bina Daya Tahan Ekonomi dalam Ketidaktentuan Global -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Fokus ekonomi Malaysia kini beralih daripada mengejar kecekapan kepada usaha membina daya tahan yang lebih kukuh, ketika negara terus mencatat pertumbuhan yang mengatasi unjuran walaupun berdepan ketidaktentuan global, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Fasa Integrasi ASEAN Seterusnya Disaran Berdasarkan Prinsip NIMP 2030 - Tengku Zafrul

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 21 Sept (Bernama) -- Usaha integrasi ekonomi ASEAN seterusnya boleh dirangka berdasarkan prinsip-prinsip yang ditekankan oleh Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 Malaysia.

Pertumbuhan Pusat Data Mesti Beri Manfaat Nyata Kepada Ekonomi Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data memberi limpahan ekonomi yang nyata dan boleh diukur kepada ekonomi lebih luas, termasuk memperkukuh perniagaan tempatan, meningkatkan keupayaan tempatan serta mewujudkan peluang sebenar kepada rakyat. 

MIDA Bina Ekosistem Lebih Luas Di Sekeliling Industri Pusat Data Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Sept  (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang memperkukuh ekosistem yang lebih luas di sekeliling pembangunan pusat data Malaysia bagi membantu syarikat tempatan membina keupayaan dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang industri.