Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur, Pasaran Stabil Selepas MPOB Keluarkan Data
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Selasa, pulih daripada tekanan jualan selama dua minggu susulan petunjuk pasaran mula stabil selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengeluarkan data bagi Oktober.