14jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, namun hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada awal Disember.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$132.1 bilion setakat 13 Nov 2026, berbanding US$132.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Okt 2026.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat didorong oleh sentimen menghindari risiko global yang kembali meningkat, dengan sektor teknologi menjadi perhatian berikutan kemungkinan pelanggaran peraturan eksport cip Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat selepas minggu dagangan yang tidak menentu dalam keadaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, terjejas oleh ketidaktentuan global yang berlarutan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, disokong sentimen yang bertambah baik susulan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang lebih kukuh pada suku ketiga 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran lebihan akaun semasa bagi 2026 pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun mengunjurkan lebihan yang lebih kecil pada 2027.
2hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan kelemahan di Bursa Komoditi AS (COMEX) selepas pasaran menyesuaikan diri dengan jangkaan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih agresif.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Margin rizab elektrik bagi tempoh 2027 hingga 2035 diunjurkan pada paras 24 hingga 27 peratus, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
2hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan kerugian yang dicatatkan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu ketika pelabur menantikan pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 pada tengah hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah mengambil langkah kawal selia dan strategi berstruktur bagi menjamin kestabilan bekalan dan kos elektrik daripada pusat data tidak menjejaskan pengguna domestik serta industri sedia ada.
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) - Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa namun menyusut berbanding mata wang utama lain serta mata wang negara-negara serantau susulan jangkaan langkah dasar yang lebih agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).