Portfolio LNG Petronas Bantu Malaysia Manfaatkan Permintaan Gas Asia
BANGKOK, 18 Sept (Bernama) -- Petronas berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan permintaan gas asli cecair (LNG) Asia pada masa depan, disokong oleh portfolio bekalannya yang pelbagai dan kapasiti pengeluaran yang meningkat di Malaysia, terutamanya pengoperasian loji baharu di Sabah tahun depan.