13jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Harga bahan api jet yang lebih tinggi mungkin menjadi norma baharu untuk industri penerbangan apabila syarikat penerbangan mula bergelut dengan persekitaran lonjakan kos operasi, yang berpotensi membawa kepada tambang dan surcaj bahan api yang lebih mahal, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).
16jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Boeing, pengeluar pesawat global mengunjurkan permintaan terhadap pesawat di Asia Tenggara mencecah hampir 5,000 unit menjelang 2045.
16jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Sebelum berakhirnya tahun 2026, seorang penduduk Kuala Lumpur boleh berkunjung ke Kota Bharu (KB) untuk menikmati nasi kerabu Kelantan pada waktu makan tengah hari dan kembali semula ke Kuala Lumpur (KL) untuk makan malam di restoran mamak.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Industri penerbangan perlu memperkukuh kapasiti institusinya bagi menyerap ketidaktentuan makroekonomi global serta mengharungi ketidakpastian ekonomi luaran, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pelaburan diluluskan dalam 55 projek penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Malaysia berjumlah RM4.16 bilion setakat Jun, 2026, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
1hari ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KOTA BHARU, 12 Nov (Bernama)-- Bagi ribuan anak kelahiran Pantai Timur yang sedang mencari rezeki di Lembah Klang, kepulangan ke kampung halaman amat sinonim dengan tempoh perjalanan yang panjang, selain kesesakan luar biasa yang dianggap satu ‘acara tahunan’, terutamanya menjelang musim perayaan dan cuti panjang.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membawa kelegaan besar buat penduduk di wilayah berkenaan memandangkan perkhidmatan rel moden ini mampu memendekkan tempoh perjalanan antara Kelantan, Terengganu, dan Pahang menuju ke Lembah Klang berbanding kaedah pengangkutan darat sedia ada.
4hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Scicom (MSC) Bhd sedang memacu pengembangan teknologi kerajaan (GovTech) pada peringkat antarabangsa, memanfaatkan model pembiayaan awam-swasta yang bertujuan membantu kerajaan sesebuah negara memodenkan keselamatan sempadan tanpa memerlukan perbelanjaan modal awal yang besar.
5hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan untuk mengurangkan impak kenaikan harga bahan api global perlu disokong oleh kerjasama orang ramai dalam menguruskan penggunaan bahan api bagi meminimumkan tekanan inflasi dan melindungi kewangan isi rumah.
6hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bapanya menggunakan motosikal, legasi menjual makanan tradisional India itu kini menjadi sumber rezeki utama Thirunavukkarasan Krishnana, 52, selepas beliau mengambil alih perniagaan berkenaan susulan bapanya diserang strok pada 1990-an.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) – Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hari ini memulakan operasi percubaannya, sekali gus menandakan fasa terakhir kesediaan operasi bagi perkhidmatan penumpang komersial, yang disasarkan bermula pada 12 Disember 2026.
7hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 6 Nov (Bernama) -- Singapore Airlines (SIA) hari ini mengumumkan pelan pelaburan bernilai lebih S$2 bilion (S$1=RM3.16) untuk menambah baik produk kabin penerbangan jarak jauh serta sistem hiburan dalam penerbangan KrisWorld sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman penumpang.