13jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat mencerminkan prestasi lemah di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
14jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, namun hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada awal Disember.
14jam ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) – Meskipun persaingan geopolitik di tengah-tengah dinamik ekonomi global yang sentiasa berubah-ubah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menumpukan perhatian beliau untuk meraih manfaat sepenuhnya bagi Malaysia daripada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33 yang baru sahaja berakhir di sini.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang mewujudkan rangka kerja kerjasama dalam pembangunan perbankan pusat dan sektor kewangan.
16jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi niaga hadapan getah serantau yang lemah berikutan jangkaan bekalan getah meningkat dari Thailand.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kewangan Islam berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan pelaburan rantau ini yang semakin meningkat dalam peralihan tenaga, daya tahan iklim dan pembangunan infrastruktur mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
18jam ago
ALOR SETAR, 20 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Special Renewable Energy Zone@NCER (SREEZ@NCER) yang diterajui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mencatat kemajuan penting dengan bermulanya pembinaan projek solar pertama Malaysia di bawah Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) di Kedah Rubber City (KRC).
22jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat didorong oleh sentimen menghindari risiko global yang kembali meningkat, dengan sektor teknologi menjadi perhatian berikutan kemungkinan pelanggaran peraturan eksport cip Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat selepas minggu dagangan yang tidak menentu dalam keadaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, terjejas oleh ketidaktentuan global yang berlarutan.
1hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan siri pertemuan dengan empat syarikat China di Shenzhen dalam usaha Malaysia untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan perindustrian melalui prospek pelaburan baharu dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi, tenaga, serta perkhidmatan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) --Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd meningkat kepada RM105.05 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, berbanding RM83.77 juta pada suku sama tahun sebelumnya.