Malaysia Kekal Hubungan Baik Dengan AS, China Demi Kelangsungan Ekonomi -- PM Anwar
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia akan terus mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China yang merupakan antara pelabur dan rakan dagang terbesar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.