Projek Solar HLGY Energy Bekal Tenaga Kepada Bridge Data Centres Menjelang Jun 2028
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- HLGY Energy Sdn Bhd (HLGY Energy) sedang memperkukuh peranannya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia menerusi pembangunan Loji Tenaga Suria Kedah Rubber City (KERC SPP), iaitu projek fotovoltaik (PV) solar berkapasiti 119.7 megawatt (MW) yang disepadukan dengan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) berkapasiti 240.72 megawatt-jam (MWh).