Matlamat Projek Jelas, Kesediaan Pelaburan Pemangkin Hubungan Tenaga Serantau - TNB
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Kejelasan matlamat projek, kesediaan pelaburan dan daya maju komersial menjadi pemangkin dalam merealisasikan potensi tenaga boleh baharu ASEAN menerusi pembangunan hubungan bekalan elektrik rentas sempadan yang mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).