1hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Deruman enjin kereta sport berprestasi tinggi sememangnya mampu membangkitkan debaran adrenalin, namun bagi Admi Shahrul Ahmad Saffian, kepuasan sebenar bukan sekadar memandu jentera berkuasa tinggi itu, tetapi membantu orang lain menguasainya dengan penuh keyakinan.
1hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Perbelanjaan pengguna dalam sektor runcit serta makanan dan minuman (F&B), khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dijangka meningkat susulan pertambahan jumlah pengunjung dan permintaan lebih kukuh berikutan penganjuran Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Malaysia.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada separuh kedua 2026, disokong langkah intervensi kerajaan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
4hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada pada kedudukan terbaik untuk menampung jangkaan kemasukan pasukan, pegawai dan penonton Formula 1 (F1) susulan kembalinya sukan permotoran itu ke Malaysia pada Oktober, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
5hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kembalinya perlumbaan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memberi peluang keemasan kepada Malaysia untuk membina semula ekosistem sukan permotoran negara, kata bekas pelumba F1 negara Alex Yoong.
5hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menyeru semua pihak berkepentingan berkaitan termasuk operator lapangan terbang, syarikat penerbangan, operator pengendalian darat serta agensi kerajaan berkaitan supaya bekerjasama erat bagi memastikan pengurusan acara Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain yang akan kembali beraksi di Malaysia berjalan lancar.
6hari ago
Oleh Datuk Yong Soo Heong
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Berita pengumuman perlumbaan Formula 1 (F1) akan kembali beraksi ke Litar Antarabangsa Sepang pada 2 hingga 4 Oktober ini, membangkitkan rasa bangga yang sebegitu mendalam bagi diri saya -- baik sebagai rakyat Malaysia mahupun sebagai peminat tegar sukan permotoran itu sejak sekian lamanya.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Isnin berikutan ketegangan di Asia Barat yang mereda telah meningkatkan sentimen pasaran selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara serangan udara pada hujung minggu lepas.
8hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Malaysia pada Oktober ini dijangka memberi limpahan ekonomi kepada negara menerusi sektor pelancongan serta industri berkaitan.