Wilayah Guizhou Di China Bina Rantaian Nilai Ai Bersepadu, Sasar Pasaran Asia Tenggara
Daripada Abdul Hamid A Rahman
GUIYANG, (China), 1 Sept (Bernama) -- Perjalanan selama kira-kira 40 minit dari Guiyang ke Kawasan Baharu Gui'an memaparkan tumpuan syarikat teknologi dan infrastruktur digital yang mungkin agak tidak asing bagi pengunjung dari Malaysia, kerana kawasan itu mempunyai sedikit persamaan dengan Cyberjaya.