Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Penjualan Olein Sawit Di Dalian
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan niaga hadapan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian (DCE).