Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan pelabur terus menilai perkembangan ekonomi global dan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).