Syarikat Penerbangan Asia Pasifik Bawa 30.4 Juta Penumpang Antarabangsa Pada September – AAPA
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik membawa sejumlah 30.4 juta penumpang antarabangsa pada September 2026, meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).