Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian " ustr"

MITI Teruskan Libat Urus Dengan AS Susulan Tarif 10 Peratus Ke Atas Malaysia Berkaitan Buruh Paksa Mula Berkuat Kuasa

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus mengadakan libat urus dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 10 peratus yang dikenakan ke atas eksport Malaysia susulan isu berkaitan buruh paksa, yang mula berkuat kuasa hari ini.

SAMENTA Gesa PKS Pelbagai Pasaran Eksport Susulan Tarif Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) segera mempelbagaikan pasaran eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tertentu, susulan pelaksanaan tarif import baharu Amerika Syarikat (AS) sebanyak 10 peratus.

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS - PM Anwar

PORT DICKSON, 24 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif baharu berkaitan isu buruh paksa sekiranya keputusan yang diterima masih belum memuaskan.

Malaysia Berdepan Tarif 10 Peratus Di Bawah Seksyen 301 Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia, antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

FMM Gesa Pendekatan Seimbang AS Terhadap Cadangan Tindakan Tarif Seksyen 301

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mengguna pakai pendekatan seimbang terhadap cadangan tindakan tarif Seksyen 301 ke atas import yang dikaitkan dengan buruh paksa, sambil memberi amaran bahawa pengenaan duti secara menyeluruh boleh menjejaskan pengeluar Malaysia yang mematuhi peraturan serta mengganggu rantaian bekalan sedia ada.