Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " tadbir urus korporat"

Pengurusan Cukai Sebahagian Strategi Tadbir Urus Korporat - LHDN

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pengurusan cukai kini menjadi sebahagian daripada strategi tadbir urus korporat apabila semakin banyak syarikat memberi penekanan kepada pematuhan cukai, pengurusan risiko serta ketelusan dalam operasi perniagaan, kata Lembaga Hasil Dalam (LHDN) hari ini. 

Syamsul Farizz Terajui ECERDC, Pacu Agenda ECER 2030

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi hari ini mengumumkan pelantikan Syamsul Farizz Nadzeri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Padini Umum SPRM Batalkan Perintah Beku Akaun Bank

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Padini Holdings Bhd (Padini) hari ini memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membatalkan perintah pembekuan semua akaun bank syarikat itu serta anak syarikat dilaksanakan sebelum ini yang menjadi sebahagian daripada prosedur siasatan.

AEON Bank Biz Pacu Pertumbuhan Perniagaan Dengan Term Financing-i Dan Working Capital Financing-i

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- AEON Bank (M) Bhd, iaitu bank digital Islamik pertama di Malaysia telah memperkenalkan dua fasiliti pembiayaan terbaharu iaitu Term Financing-i dan Working Capital Financing-i, yang diterajui oleh segmen Perbankan Perniagaan, AEON Bank Biz.

SC Pelawa Input Awam Mengenai Cadangan Perkukuh Ekosistem Tadbir Urus Korporat

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas awam mengenai cadangan untuk memperkukuh ekosistem tadbir urus korporat Malaysia.

HSBC Sasar FBM KLCI 1,850 Mata Pada Akhir Tahun, Naik 10 Peratus Daripada Paras Semasa

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- HSBC Private Bank and Premier Wealth menetapkan sasaran akhir tahun pada 1,850 mata bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), menunjukkan kenaikan kira-kira 10 peratus daripada paras semasa.

ICDM, MICG Satukan Mandat Perkukuh Tadbir Urus Korporat Negara

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) mengumumkan penyatuan mandat strategik bagi membentuk satu platform bersepadu dalam memperkukuh tadbir urus korporat serta pembangunan profesional pengarah di Malaysia.