Setia Fontaines Industrial Park Pacu Pelaburan Teknologi Tinggi Di Pulau Pinang
KEPALA BATAS, 20 Jun (Bernama) -- SP Setia Bhd melakar satu lagi pencapaian dengan memulakan pembangunan Setia Fontaines Industrial Park di Bertam menerusi majlis pecah tanah hari ini, sekali gus memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan perindustrian yang bersedia untuk masa hadapan.