BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan Red Warrior FC 2-5 Star City FC | Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | 

Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " rhb ib"

Malaysia Berada Di Landasan Atasi Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 - Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk mengatasi unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.8 hingga 5.3 peratus bagi 2026, susulan pengembangan ekonomi sebanyak 5.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata ahli ekonomi.

Syarikat Telekomunikasi Dijangka Catat Pendapatan Lebih Kukuh Pada Separuh Kedua 2026 - RHB IB

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sektor telekomunikasi Malaysia dijangka mencatatkan pendapatan yang lebih kukuh pada separuh kedua 2026 dan mengekalkan atau meningkatkan pembayaran dividen, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Diunjur 5.4 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh - RHB IB 

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Pelaburan Dalam Sektor Huluan Petronas Sokong Prospek O&G Malaysia - RHB IB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank (RHB IB) mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia, dengan pertumbuhan berterusan pelaburan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengukuhkan lagi prospek positifnya.

Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Dijangka Naikkan Harga US$2.00-US$2.50 Setiap Karton Pada Oktober - RHB IB

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Malaysia dijangka menaikkan harga sebanyak US$2.00-US$2.50 setiap karton pada Oktober, dengan satu lagi kenaikan dijangka pada November jika kos lateks nitril terus meningkat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

RHB IB Unjur Peruntukan Belanjawan 2027 Kerajaan Persekutuan Pada RM437.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 adalah sebanyak RM437.8 bilion.