2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — HAVI, peneraju rantaian bekalan global, akan membuka TechHUB di Malaysia pada November tahun ini, yang merupakan salah satu daripada empat hab seumpamanya di seluruh dunia dan pertama di Asia Pasifik.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif pasaran serantau susulan pemulihan Wall Street semalaman.
4hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu susulan kenaikan di pasaran serantau dengan ketidaktentuan berhubung perang Amerika Syarikat (AS)-Iran menjejaskan sentimen, menurut seorang peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin pesawat, GTA Holdings Bhd (GTA) telah menangguhkan rancangan pengembangannya di Asia Barat berikutan ketegangan yang berterusan di rantau itu.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman dan pasaran serantau yang suram dipengaruhi ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
8hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan, bergerak antara paras 1,740-1,750 mata.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan pelabur terus menilai perkembangan geopolitik luaran dan keadaan ekonomi domestik yang berdaya tahan, menurut penganalisis.
16hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data utama pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).
16hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan prestasi perlahan dipengaruhi aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan pasaran baru-baru ini, seiring dengan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd mencatatkan kerugian bersih yang lebih besar iaitu RM174.2 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 daripada RM173.08 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah tekanan jualan.