BERITA TERKINI   Piala FA: Selangor FC 2-1 Sabah FC (aggregat 4-3) | Piala FA: KL City FC 0-0 Perak FA (agregat 1-0) | Piala FA: DPMM 2-3 Terengganu FC | 

Terdapat 98 berita berdasarkan kata kunci carian " nota penyelidikan"

Minat Belian Saham Wajaran Tinggi Dorong Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari berikutan aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih, yang diterajui oleh saham telekomunikasi, produk pengguna dan utiliti.

BNM Dijangka Kekalkan OPR 2.75 Peratus Pada Mesyuarat November Ini

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Penyelidikan beberapa bank pelaburan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 2.75 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang dijadualkan pada November depan.

MBSB IB Jangka Ringgit Terus Disokong Asas Ekonomi Berdaya Tahan, Kekal Unjuran RM4.01 Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ringgit terus disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan walaupun pergerakan mata wang itu dalam jangka pendek dijangka kekal dipengaruhi oleh jangkaan terhadap dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan sentimen risiko yang lebih meluas.

Capex Huluan Petronas Akan Pulih Pada Tahun Kewangan 2027 - HLIB

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Perbelanjaan modal (capex) huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan pulih pada tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2027, bersama peningkatan pelaburan keselamatan tenaga di seluruh rantau ini, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) hari ini.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, menjejaki prestasi negara serantau yang lebih lemah dalam persekitaran ketegangan geopolitik antara AS dan Iran yang memuncak.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Minat Belian Menjelang Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, dengan minat belian menjelang sambutan Hari Kebangsaan berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada pasaran.

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, dengan kaunter utiliti, telekomunikasi dan media, serta produk dan perkhidmatan perindustrian terus memberikan sokongan kepada bursa tempatan.

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan dalam beberpa hari akan datang.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau, disokong oleh penyusutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak lebih rendah.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Asas Domestik Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh asas domestik yang berdaya tahan walaupun sentimen berhati-hati ketika musim pengumuman keputusan kewangan pada masa ini yang mungkin mengehadkan kenaikan.

Rantau Asia-Pasifik Diunjur Tumbuh 4.2 Peratus; Ledakan AI Bantu Serap Kesan Cabaran

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Moody’s Analytics mengunjurkan pertumbuhan di seluruh rantau Asia-Pasifik menyederhana kepada 4.2 peratus tahun ini daripada 4.3 peratus pada 2025 sebelum terus perlahan kepada 3.6 peratus tahun depan.

Bursa Malaysia Kekal Mendatar Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal mendatar pada tengah hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati dalam musim pelaporan prestasi kewangan dengan memantau pencapaian pendapatan, trend kualiti aset dan prospek korporat.