BERITA TERKINI   Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | Tiada perbincangan mengenai bantuan kewangan kerajaan untuk AirAsia - Tony Fernades | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " modal swasta"

Pelaburan Swasta Domestik Mampu Hidupkan Semula Aset Usang, Ekonomi Setempat — Johari

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Usaha pelaburan swasta domestik berupaya menghidupkan semula aset usang selain dapat merancakkan ekosistem ekonomi setempat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malaysia Perlukan Sehingga US$1.1 Trilion Untuk Penyesuaian Terhadap Perubahan Iklim Menjelang 2050 - SC

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Malaysia memerlukan antara US$852 bilion hingga US$1.1 trilion (US$1=RM4.07) menjelang 2050 bagi penyesuaian terhadap perubahan iklim, mencerminkan skala pembiayaan yang diperlukan untuk memperkukuh daya tahan negara menghadapi kesan perubahan iklim, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

SC Sedang Bangunkan Sukuk Prisma SDG Bagi Pelaksanaan, Daya Tahan Iklim

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang membangunkan rangka kerja berasaskan Syariah baharu, Sukuk Prisma SDG bagi memudah cara penerbitan sukuk bukan ringgit yang menyokong pelaksanaan, daya tahan iklim dan keutamaan pembangunan mampan negara lain.

Malaysia Perlu Peralihan Tenaga Terancang, Ambil Kira Realiti Semasa Dan Aspirasi Jangka Panjang - Menteri

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan peralihan tenaga secara terancang bagi menyeimbangkan realiti semasa dengan aspirasi jangka panjang negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Jelawang Capital, Dana Perintis Salur RM588 Juta Kepada Syarikat Pemula Pada 2025 

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, Jelawang Capital, bersama Dana Perintis di bawah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), menerajui pembiayaan modal teroka dengan menyalurkan RM588 juta kepada syarikat pemula dalam sektor pengguna, digital, teknologi pertanian dan teknologi pendidikan pada 2025. 

Kerajaan Sediakan Kepastian Dasar, Sektor Swasta Perlu Memacu Pelaburan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Peranan kerajaan adalah memastikan asas dasar serta rangka kerja fiskal yang berwibawa, di samping menggunakan modal awam bagi merancakkan pasaran supaya modal swasta dapat memainkan peranan lebih besar dalam memacu pelaburan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Perniagaan EU Gesa FTA Malaysia-EU Berkualiti Tinggi Bagi Tingkatkan Pelaburan, Perdagangan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Peneraju perniagaan Eropah menggesa kepada perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) yang berkualiti tinggi dan memberikan hasil komersial yang praktikal selain memperkukuh pelaburan dan kerjasama jangka panjang.

Uzbekistan Berminat Perkukuh Hubungan Pelaburan, Perniagaan Dengan Malaysia, ASEAN

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan menyatakan minat untuk memperkukuh hubungan pelaburan dan perniagaan dengan Malaysia serta negara-negara ASEAN, khususnya dalam sektor industri bernilai tambah tinggi, pembuatan dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS).