12jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis walaupun harga minyak mentah meningkat dan jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain pelabur menantikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dikeluarkan pada Jumaat ini.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati di tengah-tengah prospek tidak menentu di Asia Barat, kata seorang ahli ekonomi.
2hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa, dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak dan sentimen berhati-hati menjelang keputusan dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) yang seterusnya, kata seorang penganalisis.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur terus berhati-hati susulan konflik yang berlarutan di Asia Barat, yang terus mendorong kenaikan harga minyak mentah dan menyokong mata wang unit negara maju.
3hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan data gaji bukan ladang (NFP) yang kukuh selain pasaran menunggu laporan inflasi AS yang akan dikeluarkan lewat minggu ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan data jumlah pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) AS yang lebih kukuh daripada jangkaan.
5hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Ringgit dan mata wang serantau lain dijangka akan mengalami tekanan minggu depan, dengan mata wang tempatan itu dilihat diniagakan antara RM4.04 dan RM4.06 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai.
5hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu hadapan di tengah-tengah paras stok yang tinggi di Malaysia dan Indonesia, kata seorang peniaga.
5hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjur kekal diniagakan dalam julat kecil dengan kecenderungan sedikit rendah pada minggu depan, kata pakar industri.
5hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan, disokong oleh asas domestik berdaya tahan dan sentimen serantau yang semakin pulih.
12hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh asas yang kukuh dan jangkaan bekalan yang lebih terhad.