Pembangunan Pulau Carey, Midport Tidak Akan Jejaskan Pelabuhan Tanjung Pelepas - Loke
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembangunan pelabuhan Pulau Carey dan Midport tidak akan menjejaskan kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) kerana setiap pelabuhan mempunyai pengkhususan dan konsep pembangunan berlainan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.