Syarikat Malaysia Bersedia ESG Mempunyai Kelebihan Tembusi Pasaran EU - GRI
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Syarikat Malaysia yang melaksanakan amalan dan piawaian pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kukuh dijangka mempunyai kelebihan daya saing tersendiri dan akses kepada peluang perniagaan di Kesatuan Eropah (EU) dan pasaran antarabangsa lain, menurut pakar pelaporan kemampanan.