Permintaan Kargo Udara Global Meningkat 4.4 Peratus Pada Ogos 2026 - IATA
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, diukur dalam tan kargo bagi setiap kilometer (CTK), naik sebanyak 4.4 peratus pada Ogos 2026 berbanding Ogos 2025, dengan operasi antarabangsa mencatatkan peningkatan sebanyak 5.3 peratus, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).