Majlis Halal Malaysia-Indonesia Ditubuh, Mesyuarat Pertama Oktober - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia mengumumkan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia sebagai usaha memperkukuh diplomasi halal antara kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.