BERITA TERKINI   Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah di Rompin awal pagi tadi - Bomba | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " krisis bekalan global "

KDNK Negara Melonjak Enam Peratus Pada Suku Kedua 2026, Catat Prestasi Kukuh - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kadar pertumbuhan angka Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara melonjak pada enam peratus pada suku kedua 2026, mengatasi jangkaan pasaran sekali gus mencatat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014.

Rizab Petroleum Perlu Jadi Sebahagian Strategi Keselamatan Ekonomi Lebih Luas - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Rizab petroleum negara tidak seharusnya menjadi inisiatif tenaga yang berasingan, sebaliknya merupakan antara komponen strategi keselamatan ekonomi yang lebih luas meliputi keterjaminan makanan, mineral kritikal, semikonduktor dan infrastruktur digital, kata ahli ekonomi.

Krisis Bekalan Global: PM Arah MITI, Kementerian Ekonomi Adakan Libat Urus Dengan Industri Pembuatan

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Kementerian Ekonomi telah diarahkan untuk melaksanakan libat urus lanjut dengan pemain industri pembuatan yang sedang berdepan tekanan akibat krisis bekalan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

MITI, Kementerian Ekonomi Akan Teliti Cadangan MPMA Untuk Tangani Kenaikan Kos Bahan Mentah

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah memutuskan supaya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Kementerian Ekonomi meneliti cadangan dikemukakan Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) dalam menangani tekanan rantaian bekalan global dan kenaikan kos bahan mentah.

Kerajaan MADANI Komited Pastikan Sistem Kewangan Negara Stabil, Menyebelahi Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan terus bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankan untuk memastikan sistem kewangan negara kekal stabil, terangkum dan menyebelahi rakyat.

Bekalan Minyak Mentah Untuk Pengeluaran Perindustrian Masih Terkawal

KUALA LUMPUR, Julai 7 (Bernama) -- Bekalan minyak mentah untuk pengeluaran perindustrian termasuk resin, masih terkawal, bagaimanapun industri sedang melaksanakan penyesuaian dalam operasi bagi menghadapi peningkatan kos, menurut Kementerian Ekonomi.

Subsidi Produk Petroleum Dijangka Hampir RM40 Bilion Tahun Ini - MOF

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini berikutan kenaikan harga minyak dunia yang dipacu oleh ketegangan geopolitik dan konflik Asia Barat, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Kerajaan Pastikan Penurunan Harga Minyak Dunia Diterjemah Kepada Harga Barangan Lebih Rendah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau penurunan harga minyak dunia dan memastikan aliran penurunan itu diterjemahkan kepada harga barangan yang lebih rendah untuk pengguna, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MTEN Laksana 120 Keputusan Tangani Impak Krisis Bekalan Global – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Sebanyak 120 keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah dan sedang dilaksanakan bagi menangani impak krisis bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasrullah Mohd Nasir.

Kedudukan Kewangan Selangor Masih Sihat, Tidak Perlu Langkah Kecemasan -- Amirudin

SHAH ALAM, 15 Jun (Bernama) -- Kedudukan kewangan Selangor masih pada tahap sihat walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan krisis bekalan global serta turun naik pasaran dunia.