MKS Buka MKS Supercenter Di Pulau Pinang Dengan Pelaburan Bernilai RM400 Juta
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Syarikat teknologi semikonduktor global, MKS Inc membuka MKS Supercenter Factory di Pulau Pinang dengan pelaburan strategik melebihi RM400 juta bagi menyokong permintaan global yang semakin meningkat terhadap peralatan fabrikasi wafer.