JOM MALAYSIA Platform Perkasa Produk Sabah Ke Pasaran Global
SANDAKAN, 25 Julai (Bernama) -- Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin dalam mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa selaras dengan aspirasi "local to global" yang menjadi antara fokus Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.